HANYA UNTUK YANG BERSEDIA

ADIRAGBI LIGA ALUMNI 2026

Kejuaraan 15s Elit Ragbi Liga Alumni.

HUBUNGI KAMI
AdiRagbi Elite Action

BUKAN SEKADAR LIGA

Sebagai langkah memperkukuh matlamat Ragbi Liga Alumni dalam menggalakkan penubuhan dan pemerkasaan Kelab-Kelab Ragbi Alumni, Persatuan Penggerak dan Pembangunan Alumni Malaysia (ALMA) akan menganjurkan Adiragbi Liga Alumni 2026, sebuah pertandingan ragbi 15 sebelah (15s) khusus untuk kelab-kelab ragbi alumni yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Penyertaan adalah secara jemputan kepada kelab-kelab ragbi alumni yang menyertai Ragbi Liga Alumni Musim 2024 dan 2025. Bagi kelab Musim 2025 yang baru berakhir, kelab hendaklah sekurang-kurangnya telah memulakan proses pendaftaran rasmi sebagai Kelab Ragbi Alumni sekolah masing-masing dengan PJS.

Pertandingan ini dijadualkan berlangsung dari Mei hingga Julai 2026, sebelum bermulanya liga-liga ragbi negeri bagi musim 2026. Justeru, kejohanan ini juga akan berfungsi sebagai medan persediaan kompetitif kepada kelab-kelab terlibat sebelum menyertai liga anjuran kesatuan negeri masing-masing.

INI ADIRAGBI WARISAN YANG DIUJI DI PADANG.

JADUAL MUSIM 2026

6 Perlawanan – Sifar Alasan.

16 MAYMatchday 1
30 MAYMatchday 2
06 JUNMatchday 3
27 JUNMatchday 4
04 JULMatchday 5
11 JULMatchday 6

WARGA RAGBI LIGA ALUMNI 2024-25

Kelab Ragbi Alumni Musim 2024 & 2025 yang sedia bersaing pada tahap fizikal & taktikal tertinggi.

SYARAT SKUAD ADIRAGBI

20Minimum Alumni Sekolah Sendiri
23Pemain Berdaftar Setiap Perlawanan
45Pemain Berdaftar
0Pemain yang digantung

ADAKAH ANDA LAYAK?

Tempat adalah terhad. Keutamaan penyertaan kepada kelab Ragbi Liga Alumni yang berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Homepage CTA (#3)